Thursday, February 04, 2010

Keluarga tidak sembahyang



Assalamualaikum wrt

Tadi buat kelas gantian pada waktu malam. Di akhir kelas, saya tunjukkan klip movie di atas. Kemudian saya tanyakan apa pengajaran dari klip tersebut. Sebelum saya sampaikan nasihat, saya cuba pastikan Insya Allah mendapat perhatian yang sewajarnya dari pelajar. Lazimnya - pelajar akan beri perhatian terutama apabila klip movie ditayangkan. Biasanya di akhir kelas, pelajar akan meminta agar ditayangkan klip movie.

Tapi kali ini saya nak fokus pada satu isu - isu diri ini menjadi contoh. Mahu tidak mahu - kita akan menjadi contoh - samada yang baik mahupun tidak. Jika kita tidak sembahyang contohnya- kita mungkin akan menjadi contoh yang tidak baik pada rakan-rakan sekeliling kita. Dan apabila kita sudah berumah tangga kita akan menjadi contoh yang tidak baik pada suami/isteri dan yang lebih malangnya pada si anak-anak.

Maka saya kisahkan kepada mereka mengenai seorang remaja yang tidak tahu sembahyang. Remaja tersebut kemudiannya menceritakan bahawa ibu bapanya pun tidak pernah bersembahyang.

Kekadang kita terperangkap dengan satu sikap apabila membuat tazkirah atau penyampaian - ingin menghabiskan apa yang hendak disampaikan - dan tidak memberi perhatian sewajarnya pada suasana pendengar - samada mereka bersedia untuk mendengar atau tidak. Selagi mereka tidak bersedia untuk mendengar - tangguhkan dulu apa jua nasihat yang hendak disampaikan. Kita perlu tarik perhatian mereka dulu sehingga mereka bersedia untuk mendengar. Ini hanya merupakan satu contoh kecil. Mungkin tuan puan boleh "explore" lagi cara yang lain.

Moga Allah mudahkan kita dalam usaha untuk menyebarluaskan Islam di tempat kerja masing-masing.

Dr Hishamuddin Alham

No comments:

Post a Comment