Tuesday, February 02, 2010

Bagaimana nak tarik perhatian orang lain

Assalamualaikum wrt

Semasa sedang mengajar satu matapelajaran teknikal baru-baru ini, saya dapati beberapa orang pelajar bercakap-cakap dan menimbulkan ketidak selesaan pada pelajar lain dan juga saya yang sedang bercakap. Saya ada tiga pilihan - hendak tegur cara kasar, tegur dengan penuh hikmah atau buat tak nampak. Pilihan ketiga ini dinamakan pendekatan pasif manakala pertama agresif. Saya ambil pendekatan pertengahan.

Saya berhenti sejenak dan mengambil lebih kurang 10 minit membicarakan salah satu aspek komunikasi yang berkesan - kemahiran mendengar. Saya paparkan beberapa klip filem Patch Adams dan juga A litre of Tears - yang menunjukkan bagaimana tindakan kita kadangkala memberi kesan negatif pada orang yang sedang bercakap. Klip dari A litre of tears adalah seperti yang dilampirkan. Saya tanya pada kelas - adakah si ibu itu sengaja atau tidak sengaja dalam memberi perhatian pada si anak. Jawapan yang biasa saya dapat - tak sengaja. Yes - kadangkala tindakan kita sengaja atau tidak akan memberi kesan samada positif atau negatif pada orang lain. Dalam kes cerita ini, masalah yang dihadapi oleh siibu mengenangkan anaknya yang sakit, telah menghindarinya untuk menjadi sensitif pada perasaan anaknya yang beria-ia untuk menunjukkan lukisannya yang cantik. Kesannya - hati si anak telah terluka. Si anak akan rasa tidak diendahkan

Begitu juga jika seorang guru atau pensyarah sedang bercakap - tindak balas murid yang tidak memberi perhatian akan menjejaskan hati perasaan seorang guru atau pensyarah. Akhirnya pelajar saya mendapat mesej yang ingin saya sampaikan dan mereka kemudiannya memberi perhatian - Alhamdulillah. Saya lega kerana tak perlu marah-marah untuk mendapatkan perhatian dari mereka..... moga ada manafaat bagi para pendidik.

Dr Hishamuddin Alham

No comments:

Post a Comment