0

Video Sekitar MSSD 2010 penglibatan SRIH Johor 3


Wakil SRIH mendapat tempat ketiga dalam acara 200m MSSD 2010



0

Video Sekitar MSSD 2010 penglibatan SRIH Johor 2



0

Video Sekitar MSSD 2010 penglibatan SRIH Johor 1


Jagoh-jagoh dari SRIH sedang bersiap sedia.


Dr Hishamuddin Alham

0

Johan Tahun 6 4x100 - rumah kuning



0

Video Sekitar Sukan SRIH 2010 - Lari dalam guni



0

Video Sekitar Sukan SRIH 2010 - Pengumuman Johan keseluruhan




0

Video Sekitar Sukan SRIH 2010 - Sorakan Rumah Kuning




Sorakan

0

Video sekitar Sukan SRIH 2010 - Perbarisan masuk rumah kuning



Pembarisan Masuk Rumah Kuning

1

video sekitar Sukan SRIH 2010 - Lagak juara keseluruhan


Add Image

0

Video Program Ibu Bapa sempena Sukan SRIH 2010







Setelah berhempas pulas - akhirnya dapat tempat ketiga. Syabas dan tahniah.

Dr Hishamuddin Alham

0

Gambar Sekitar Sukan SRIH 2010






0

Perangai tak suka mengaku kesalahan




Assalamualaikum wrt

Dewasa ini susah nak cari orang yang mudah memohon maaf jika terbuat sesuatu kesilapan. Malahan tidak kisah pun apa orang kata. Walhal, maruah kita tidak akan jatuh jika kita mengaku membuat kesilapan. Tidak ada bumi yang tidak di timpa hujan

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham

0

Ada kalanya usaha kita tidak mendatangkan hasil yang diharapkan




Assalamualaikum wrt

Adakalanya - usaha yang kita buat tidak mendatangkan hasilnya di dunia ini. Ini telah menjadi lumrah kehidupan. Cara mengatasinya ialah - jgn mudah putus asa dan harapkan balasan di akhirat kelak. Orang yang tidak beriman - biasanya akan mudah putus asa dan kecewa jika apa yang dirancang - lain pula natijahnya.

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham

0

Seek to understand and be understood




Asalamualaikum wrt

Seringkali dalam kehidupan, kita sering membuat sesuatu rumusan mengenai sesuatu perkara tanpa usul periksa. Akhirnya kita akan bertindak secara membuta tuli. Kita sangka kita sudah buat kebaikan - tetapi sebenarnya kita merosakkan.

Apa salahnya kita bertanya dan menangguhkan apa jua "hukuman" kepada sesaorang sehingga kita mendapat penjelasan.

Dr. Hishamuddin Alham

0

Movie di ambil dgn menggunakan Canon SX1




Anak gembira berenang di swmimming pool

0

Memanafaatkan Nasyid dalam ceramah




Dewasa ini ramai orang terpaut dengan hiburan. Sehinggakan industri musik di tanahair tumbuh bagaikan cendawan. Namun yang menyedihkannya ialah industri ini mencengkam usia remaja kita dengan satu cengkaman yang tidak mengenal batas agama. Asalkan ia menghiburkan - ianya OK. Asalkan ia mendatangkan ganjaran yang lumayan ianya OK. Jangan sebut mengenai pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Jangan sentuh bab agama kerana jika kita sentuh bab hukum halal haram - negara kita tidak akan maju ... industri musik tidak akan berkembang... begitulah agaknya hujjah mereka yang menyokong perkembangan industri musik tanpa batas ini.

Jika kita tentang industri musik yang tidak berpandukan atau berpaksikan pada Allah - apa pula alternatifnya. Maka industri nasyid telah mengisi kekosongan ini. Alhamdulillah. Nasyid telah berjaya mencapai ke tahap yang membanggakan. Dalam era Nasyid ini - sesiapa yang masih berdegil untuk terus menerus dengan lamunan lagu-lagu berunsur cinta (tanpa batas) atau lucah dan terus menerus dengan lagu yang mengajak manusia untuk melanggar hukum Allah, mengajak manusia cintan cintun antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim - maka Allah sahaja yang dapat memberi balasan yang setimpal dengan usaha mereka ini.

Nasyid Lafaz yang tersimpan, saya abadikan untuk sama-sama kita hayati maksud dan maknanya. Saya seringkali membawa penonton mendengar dan menghayati maksud lagunya semasa sessi ceramah umum saya.

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham

0

Menghadapi sesuatu masalah



Assalamualaikum wrt

Orang-orang yang beriman adalah golongan yang amat beruntung dalam kehidupan ini. Orang-orang beriman meyakini, di sana adanya Allah swt, Tuhan Yang Maha Esa, yang dapat membantu kita berdepan dengan apa jua masalah. Tanpa keyakinan mendalam pada qada' dan qadar - manusia akan terkapai-kapai untuk mencari jalan penyelesaian pada sesuatu masalah.

Cuba anda lihat klip di atas. Dalam motivasi yang dipelopori oleh orang-orang yang tidak beriman pada Allah, peranan iman dalam kehidupan tidak akan ketara apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Contohnya, klip di atas hanya mendorong kita untuk fokus pada jalan penyelesaian bukan pada masalah yang sedang kita hadapi. Menurut mereka, kita mampu menyelesaikan sesuatu masalah jika kita cuba fokus kepada jalan penyelesaiannya bukan merintih mengenai masalah tersebut.

Cuba kita teliti ayat 11 dari Surah At-Taghabun:

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) Yang menimpa (seseorang) melainkan Dengan izin Allah; dan sesiapa Yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa Yang telah berlaku itu Dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Setiap masalah, kesusahan atau bala bencana itu sebenarnya menimpa kita dengan izin Allah swt. Yang cantiknya bagi orang-orang yang beriman, Allah akan memimpin hati kita ini untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar. Allah jua akan mendorong hati kita ini untuk mencari jalan penyelesaiannya. Kita akan rasa tabah menghadapinya. Kita tidak boleh rasa sombong bila mampu bersabar menghadapi sesuatu musibah kerana ianya adalah dengan bantuan dan pertolongan Allah swt.

Hebat tuan-tuan dan puan-puan motivasi yang berasaskan kepada aqidah Islam ini...... motivasi yang selari dengan fitrah kita sebagai seorang insan.

Wallahu'alam

Dr Hisham


0

Rasa Bangga dengan Islam



Assalamualaikum wrt

Klip dari cerita Al-Fatih ini sering saya jadikan selingan dalam ceramah saya untuk membuktikan kehebatan orang Islam pada satu ketika dulu. Dengan jelas dari filem ini orang Islam tidak merasa lekeh berdepan dengan orang-orang bukan Islam. Dan jelas sekali kedatangan Islam bukan untuk menghancurkan tetapi untuk membina tamadhun kemanusian yang sebenarnya.

Moga klip ini dapat memberi kesinsafan kepada kita semua agar merasa Izzah dengan Islam. Sesungguhnya kita ini adalah ummat yang paling baik dijadikan oleh Allah swt sepertimana dinyatakan dalam surah Ali Imran - tetapi dengan syarat - mengajak manusia pada kebaikan dan mencegah manusia dari kemungkaran dan beriman kepada Allah.

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham

0

Burung Murai



Assalamualaikum wrt

Sudah beberapa kali saya tayangkan klip video Burung Murai ini ketika berceramah - dan yang menghairankan - setiap kali saya tayangkan, air mata ini akan meleleh. Dalam satu sessi ceramah, menurut isteri saya yang turut juga berada dalam majlis tersebut, salah seorang peserta dilihat mengesat air matanya - sedih menyaksikan klip tersebut, walhal itu bukan merupakan pertama kali beliau menyaksikannya.

Agaknya ia banyak menyentuh apa yang berlaku dalam hidup kita seharian. Perkara pertama yang biasa saya akan sentuh ialah berkenaan dengan komen isteri hamba Allah dalam filem tersebut. "Hari ini merupakan salah satu hari yang paling bahagia dalam hidupku. Melihat suamiku yang jarang ada di rumah sedang melayani kerenah anak sulungku..."

Biasanya saya akan memberhentikan klip tersebut dan bertanya - mengapa si isteri merasa bahagia dalam kehidupannya pada waktu itu? Jawapannya kerana ia terlihat suaminya melayani karenah anak sulungnya. Pembaca yang dihormati. Rupanya apabila kita bermain dengan si anak kecil, bukan sahaja ia merupakan satu petanda bahawa hati kita ini lembut dan merupakan satu perkara yang dimuliakan Islam, ia juga akan menggembirakan hati seorang isteri justeru akan merapatkan lagi hubungan kasih mesra suami isteri di rumah.

Umur 1 - 7 tahun merupakan masa bermain bagi si anak. Ibu dan bapa jangan tinggalkan si anak keseorangan pada waktu ini. Jangan biarkan si anak hanya menghadap TV sepanjang hari, bermain video games atau komputer. Si anak perlukan belaian kasih mesra si ibu dan bapa. Si bapa terutamanya kena kreatif dalam melayani karenah si anak. Natijahnya nanti, bukan sahaja si anak akan terbentuk sifat kasih mesranya dengan si bapa, ia akan meningkatkan tahap kreativiti si anak.

Kadangkala kesian lihat si anak yang ketandusan kasih sayang seorang ayah yang sudah sedia sibuk dengan tugas hariannya. Kononnya sibuknya itu adalah untuk membahagiakan si anak di rumah. Namun masa-masa terluang yang beliau ada di rumah tidak digunakan sepenuhnya bagi melayani si anak kecil yang dahagakan kasih sayang. Kekadang terpahat dalam minda si bapa - Kerja aku cari duit - kerja ibu melayani anak......

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham

0

Keluarga tidak sembahyang



Assalamualaikum wrt

Tadi buat kelas gantian pada waktu malam. Di akhir kelas, saya tunjukkan klip movie di atas. Kemudian saya tanyakan apa pengajaran dari klip tersebut. Sebelum saya sampaikan nasihat, saya cuba pastikan Insya Allah mendapat perhatian yang sewajarnya dari pelajar. Lazimnya - pelajar akan beri perhatian terutama apabila klip movie ditayangkan. Biasanya di akhir kelas, pelajar akan meminta agar ditayangkan klip movie.

Tapi kali ini saya nak fokus pada satu isu - isu diri ini menjadi contoh. Mahu tidak mahu - kita akan menjadi contoh - samada yang baik mahupun tidak. Jika kita tidak sembahyang contohnya- kita mungkin akan menjadi contoh yang tidak baik pada rakan-rakan sekeliling kita. Dan apabila kita sudah berumah tangga kita akan menjadi contoh yang tidak baik pada suami/isteri dan yang lebih malangnya pada si anak-anak.

Maka saya kisahkan kepada mereka mengenai seorang remaja yang tidak tahu sembahyang. Remaja tersebut kemudiannya menceritakan bahawa ibu bapanya pun tidak pernah bersembahyang.

Kekadang kita terperangkap dengan satu sikap apabila membuat tazkirah atau penyampaian - ingin menghabiskan apa yang hendak disampaikan - dan tidak memberi perhatian sewajarnya pada suasana pendengar - samada mereka bersedia untuk mendengar atau tidak. Selagi mereka tidak bersedia untuk mendengar - tangguhkan dulu apa jua nasihat yang hendak disampaikan. Kita perlu tarik perhatian mereka dulu sehingga mereka bersedia untuk mendengar. Ini hanya merupakan satu contoh kecil. Mungkin tuan puan boleh "explore" lagi cara yang lain.

Moga Allah mudahkan kita dalam usaha untuk menyebarluaskan Islam di tempat kerja masing-masing.

Dr Hishamuddin Alham

0

Bagaimana nak melentur buluh

Assalamualaikum wrt

Satu soalan cepu emas yang biasa diutarakan oleh peserta kursus, terutama dari para guru, "Bagaimana ye Dr. Saya geram sungguh dengan sekumpulan pelajar saya ni.... mahu saya jentik dan cubit mereka ni..... cukup nakal dan pemalas" ini komen dari guru pada pelajar sekolah menengah.

"Formulanya mudah - tapi amat sukar di amalkan. Jika diamalkan - akan terasa nikmatnya mendidik" saya mulakan bicara.

Pandanglah mereka dengan satu pandangan kesian dan penuh kasih sayang. Tunjukkan anda menyayangi mereka - walaupun mereka bersifat demikian. Tapi jangan tunjukkan anda setuju dengan akhlak buruk yang mereka pamerkan. Jika hendak menegur pun jangan dengan nada perli dan mencemuh.

Wau ... ini bukan perkara mudah.

Memang payah. Berikut ini lagi payah. Di waktu malam yang sunyi - do'akan mereka. "Ya Allah. Aku telah mencuba sedaya upaya untuk mendidik mereka .. namun aku tak upaya. Engkaulah Yang Maha Berkuasa dan Maha Penyayang. Campakkan kesabaran pada diri hambamu yang kerdil ini. Engkau berkuasa merubah perangai mereka - Kasihanilah mereka ...."

Agak-agaknyalah .... hari hari berikutnya - mudah tak kita untuk menunjukkan kasih sayang pada mereka ..... amat mudah sekali. Percayalah. Ini adalah petua dari Rasulullah saw (ingat kisah Taif - rujuk http://sahabatx.blogspot.com/2008/10/perjalanan-nabi-ke-taif.html ). Kerana kita yakini - yang merubah bukannya kita. Kita hanya berusaha tetapi Allah yang merubah mereka.

Pernah saya nasihati anak saya yang remaja, " Pernah tak Hasif mendengar ayat Allah berkenaan dengan bagaimana Allah tutup hati dan pendengaran sesaorang itu."

Anak saya mengangguk.

"Sebenarnya - Allah tidak zalim. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Adil. Jika kita melakukan sesuatu perkara yang memang menjauhkan diri kita dari Allah - Allah tidak akan hiraukan kita. Siapalah kita tanpa lindungan dan pemeliharaan Allah. Namun jika kita sentiasa ingin kembali pada Allah - Allah akan datang kepada kita dan membantu kita"

Yang ini - kita kena slow talk dengan mereka yang berakhlak buruk itu. Panggil mereka ke satu sudut dan nasihatilah mereka dengan penuh kasih sayang - mengingatkan mereka betapa Allah itu akan merubah akhlak kita - jika kita dahulu menunjukkan usaha untuk merubahnya.

Inilah antara teknik melentur buluh.... kalau rebung lagi mudah, Insya Allah.

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham

0

Bagaimana nak tarik perhatian orang lain

Assalamualaikum wrt

Semasa sedang mengajar satu matapelajaran teknikal baru-baru ini, saya dapati beberapa orang pelajar bercakap-cakap dan menimbulkan ketidak selesaan pada pelajar lain dan juga saya yang sedang bercakap. Saya ada tiga pilihan - hendak tegur cara kasar, tegur dengan penuh hikmah atau buat tak nampak. Pilihan ketiga ini dinamakan pendekatan pasif manakala pertama agresif. Saya ambil pendekatan pertengahan.

Saya berhenti sejenak dan mengambil lebih kurang 10 minit membicarakan salah satu aspek komunikasi yang berkesan - kemahiran mendengar. Saya paparkan beberapa klip filem Patch Adams dan juga A litre of Tears - yang menunjukkan bagaimana tindakan kita kadangkala memberi kesan negatif pada orang yang sedang bercakap. Klip dari A litre of tears adalah seperti yang dilampirkan. Saya tanya pada kelas - adakah si ibu itu sengaja atau tidak sengaja dalam memberi perhatian pada si anak. Jawapan yang biasa saya dapat - tak sengaja. Yes - kadangkala tindakan kita sengaja atau tidak akan memberi kesan samada positif atau negatif pada orang lain. Dalam kes cerita ini, masalah yang dihadapi oleh siibu mengenangkan anaknya yang sakit, telah menghindarinya untuk menjadi sensitif pada perasaan anaknya yang beria-ia untuk menunjukkan lukisannya yang cantik. Kesannya - hati si anak telah terluka. Si anak akan rasa tidak diendahkan

Begitu juga jika seorang guru atau pensyarah sedang bercakap - tindak balas murid yang tidak memberi perhatian akan menjejaskan hati perasaan seorang guru atau pensyarah. Akhirnya pelajar saya mendapat mesej yang ingin saya sampaikan dan mereka kemudiannya memberi perhatian - Alhamdulillah. Saya lega kerana tak perlu marah-marah untuk mendapatkan perhatian dari mereka..... moga ada manafaat bagi para pendidik.

Dr Hishamuddin Alham

0

Harga kelembutan hati



Assalamualaikum wrt

Sambil menghirup angin sepoi sepoi bahasa, di pinggiran sungai Sarawak, dan menghirup minuman teh tarik special, seorang pesara polis menceritakan kisahnya berada dalam kapalterbang.

"Sekonyong-konyong datang pramugari kepada seorang penumpang berdekatan dengan saya. Dia diminta untuk menukar tempat duduk dengan salah seorang penumpang lain demi agar penumpang tersebut dapat duduk bersama dengan keluarganya. Malangnya jawapan balas yang diterima amat mendukacitakan. Maka terus pramugari tersebut bertanyakan kepada saya. Saya akur kerana kesiankan penumpang yang ingin duduk bersama keluarganya.

Saya pun terus melelapkan mata setelah berpindah ke tempat duduk di belakang pesawat. Tiba-tiba saya dikejutkan oleh pramugari dan beliau menghulurkan satu beg yang sarat dengan barangan hadiah. "Ini untuk tuan" Saya terima dengan gembira - walaupun bukan mengharapkan apa-apa balasan dari insiden itu tadi."

Kadangkala - Allah balas jasa baik kita serta merta. Namun dunia ini bukan tempat balasan tetapi tempat ujian. Akhiratlah merupakan tempat balasan kita.

Dr Hisham

0

Pengalaman bersama Bekas Paderi

Tuan Hj Ayob sedang bercerita

Assalamualaikum wrt

Terngiang-ngiang ceramah Bekas Paderi, Tuan Hj Ayob dari Sarawak beberapa tahun lepas. Pada 22 Jan 2010 yang lepas, saya berpeluang berjumpa lagi dengan beliau. Keghairahannya berdakwah masih seperti dulu - malahan mempunyai lebih banyak tenaga lagi. Kalau nak tahu sesaorang itu masih dalam kancah perjuangan - dengar apa ceritanya...

Masya Allah - lepas satu satu cerita bagaimana orang masuk Islam di tangannya dihidangkan pada saya. Tapi satu yang pasti - beliau pantang mendengar ada orang yang berminat nak masuk Islam dan perlukan penjelasan. Dia akan tinggalkan segala-galanya demi untuk mendapatkan orang tersebut.

Tersebut al kisah seorang bukan Islam selalu datang ke masjid. Beliau hanya duduk di pinggiran. Apabila ditanya oleh seorang ahli masjid - katanya - rasa ketenangan meresap di jiwa bila berada di tepi masjid. Maka saranan telah diberi agar bertemu dengan Tuan Hj Ayob. Tuan Hj Ayob telah datang dan berdakwah dengan penuh hikmah sehingga beliau memeluk Islam.


Rupa-rupanya - jika kita ikhlas dalam dakwah ini, Allah akan buka jalan. Dan Allah akan membantu kita jika kita tidak jemu-jemu berusaha di atas jalanNya.