Tuesday, March 09, 2010

Permata yang dicari



Assalamualaikum wrt

Bukan mudah untuk meyakinkan remaja bahawa cinta selepas berkahwin itu adalah sesuatu yang amat dituntut manakala cinta sebelum berkahwin itu adalah satu yang mengundang kemurkaan Allah swt.

Satu petang, anak remaja saya berkata sambil menunjukkan kepada saya buku yang sedang di bacanya, "Kejap lagi abah baca buku ni. Bihah nak habis - tinggal sikit lagi" Pemilik Cintaku - setelah Allah dan Rasul oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin. Kebetulan saya dalam perjalanan hendak menuju ke Perlis atas undangan sahabat di sana di bawah tajuk Impian Kasih antara Fantasi dan Realiti.

Alhamdulillah, buku tersebut telah memberi saya semangat untuk terus meyakinkan remaja masa kini akan peri pentingnya mematuhi syariat dalam usaha mencari jodoh. Dulu saya pernah menceritakan bagaimana saya berkahwin .... tapi mungkin orang kata - itu zaman bila....

Namun ini kisah remaja masa kini. Bagaimana hebatnya si wanita dalam cerita ini (berasaskan kisah benar) memastikan calon lelaki yang melamarnya itu tidak menggunakan kaedah yang boleh mengundang kemurkaan Allah swt, seperti sms, chatting dan seumpamanya. Apa tidaknya - zaman sekarang ini begitu rakus mengajak para remaja untuk bercinta dulu sebelum berkahwin. Seolah-olah itulah jalan yang ada bagi remaja untuk berkenalan di antara satu sama lain sebelum melangkah ke alam kekeluargaan. Hakikatnya, mereka akan "bahagia" ketika bercinta dan akan merana selepas berkahwin. Bukankah Allah yang mencampakkan rasa kasih sayang di antara manusia. Maka bukankah kepada Allah kita memohon petunjuk dalam mencari jodoh.

Hayatilah maksud klip video ini agar dapat meyakinkan kita bahawa di sana ada Allah, di sana ada petunjuk dan di sana ada apa yang dikatakan kebahgiaan.

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham



No comments:

Post a Comment