Assalamualaikum wrt
Dalam satu sessi tazkirah, saya telah tayangkan klip movie meerkat seperti di atas. Seperti biasa saya akan berhentikan pada pertengahan klip untuk menceritakan pengajarannya. Bahagian pertama mengisahkan bagaimana meerkat dapat melepaskan diri daripada cengkaman burung helang. Kerjasama yang ditunjukkan antara mereka amat menakjubkan. Saksikanlah sendiri - http://hishamalham.blogspot.com/2010/03/pengajaran-dari-kisah-meer-cat.html
Saya kaitkan dengan kehidupan kita. Masyarakat kita dalam bahaya. Kisah pembuangan bayi sudah melampau lampau. Zina berleluasa - JPN melaporkan dalam tempoh lima tahun 74,723 kes pendaftaran anak luar nikah telah dikesan. Sila rujuk http://zaadut-taqwa.blogspot.com/. Pergaulan bebas sudah menjadi lumrah kehidupan sehinggakan tidak menjadi satu kesalahan. Hukum agama diabaikan dengan mudah. Bukankah kita dalam bahaya. Jika kita tidak bersatu hati, bekerjasama, bantu membantu, masyarakat kita akan hancur. Dulu dalam lingkungan 1986 HIV positive yang dikesan adalah sebanyak dua atau tiga kes di Malaysia. Dalam tahun 2008 pula terdapat 84,630 kes HIV positive mengikut laporan UNICEF dan 11,234 telah mati akibat dari AIDS.
Masihkah kita mahu berpeluk tubuh - menyibukkan diri dengan mencari dana mengumpul harta tanpa menghiraukan apa yang berlaku di sekeliling kita. Mungkin kes di atas tidak mengenai anak-anak kita - adakah kita yakin ia tidak akan mengenai anak isteri kita di masa yang akan datang. Adakah kita merasa aman - maka kita tidak rasa terpanggil untuk berusaha mencegah kemungkaran dan mengajak manusia kepada yang maaruf. Bukankah azab Allah bila diturunkan akan mengenai semua orang - tidak mengenal yang baik mahupun yang jahat.
Malunya kita kepada binatang yang dinamakan Meerkat yang sanggup berkorban demi kemaslahatan rakan-rakannya.
Marilah kita renung maksud ayat berikut:
Maksud surah Al Hadid ayat 16:
“Belumkah datang masanya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka). Janganlah mereka seperti orang-orang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanaya kemudian berlakulah masa yang panjang atas mereka , lalu hati mereka menjadi batu.”
Wassalam
Dr Hishamuddin Alham
Saturday, March 27, 2010
Pengajaran dari kisah Meerkat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment