Sunday, January 31, 2010

Kuasa Allah dan kebaikan hamba Allah

Assalamualaikum wrt

Saya baru berkenalan dengan seorang hamba Allah dari Bali. Asalnya beliau beragama Hindu dan kini sudah memeluk Islam. Orangnya "simple" - tinggal di pondok buruk yang dibuatnya sendiri di tengah-tengah kebun yang dijaganya. Kebun 8 ekar luasnya diamanahkan oleh seorang toke Cina kerana beliau begitu amanah.

Dia dipercayai sehingga pernah diamanahkan duit lebih dari RM100,000 oleh tokenya. Rezekinya cukup murah. Allah sahaja yang mengetahui betapa baik dan lembut hatinya ini. Antara kegemaran beliau ialah membela binatang. Saya sudah dijadikan seperti saudara kandungnya. Saya berkunjung ke teratak buruknya dan berkenalan dengan DIDIT, seekor kambing yang begitu jinak. Saksikan sendiri dalam klip video ini.



Uniknya tuan haji ini (beliau sudah menunaikan haji), beliau sangat pemurah dan penyayang. Beliau boleh urut orang yang kencing manis, darah tinggi dan stroke. Pernah satu ketika seorang hamba Allah berkata padanya, "Jika saya boleh berjalan, saya ke masjid setiap hari" Hamba Allah ini kena stroke.

Dengan kuasa Allah, setelah diurut, beliau mampu berjalan. Allahu Akbar.

Tapi beliau jelas, "Saya usaha... saya enggak bisa menyembuhkan... ini semua Kuasa Allah. Saya usaha sahaja...." Tersentuh hati ini mendengarnya.

"Berapa bayarannya pak?" ..."Maaf - saya urut ini bukan saya niagakan. Saya dapat belajarnya pun masa saya di Mekah" Tapi kami berikan padanya sekadar kemampuan sebagai upah penat. Kalau duit ni - beliau tak hairan kerana businessnya pun sudah banyak Alhamdulillah.

Beliau tenang berada di teratak buruknya bersama ayam dan kambing dan kebun-kebun. "Hati saya tenang. Saya syukur, Allah beri saya petunjuk" Kini saudara saya di KL sedang menginap di rumah saya kerana inginkan perkhidmatan dari beliau untuk diurut selama seminggu.

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham

1 comment:

Hishamuddin Alham said...

Sebenarnya kisah ini telah ditulis pada pertengahan tahun 2009.Kini Didit sudah mati apabila dipindahkan ke kandang baru. Tempat tuan Didit ini telah diratakan dan kini beliau tinggal di Taman Flora, tidak jauh dari tempat tinggalnya dulu. Beliau masih meneruskan usaha menjadi ketua projek di Taman Flora dan kini juga menjadi pengusaha kantin untuk pekerja.

Post a Comment